E-Commerce & Advokasi

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-commerce dan advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Atiqah selaku usahawan PI PPR Seduan dalam menjual sesuatu produk, yang lengkap dengan sistem pengurusan tempahan dan pembayaran online. Semasa kelas berlangsung, Sharifah juga berpeluang belajar menggunakan online e-commerce seperti Lazada, Shopee, Amazon, Facebook dalam mempromosikan perniagaan beliau.

Kelas e-commerce dapat membantu Sharifah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam diri beliau sendiri. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu beliau membentuk daya tahan dan jati diri dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Kelas ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari merangkumi aktiviti seperti penerangan menggunakan E-commerce dan teknik yang betul dalam mempertengahkan perniagaan beliau mengikut peredaran semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali